Marketing



Strategi Pemasaran

Sasaran pelanggan kami adalah dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum tanpa mengira bangsa, agama, usia dan taraf hidup mereka. Kerana kami percaya produk Famous Nasi Ayam ini mampu menembusi pasaran luar daripada daerah Klang. Justeru itu, pelbagai teknik pemasaran telah digunapakai bagi mempromosikan produk Famous Nasi Ayam. Sebanyak 4000 keping ‘flyers’ telah diedarkan dan disisipkan pada akhbar Metro Jumaat, Sabtu dan Ahad yang diedarkan untuk wilayah Klang. Kenapa Famous memilih kawasan Klang? Ini adalah kerana target utama Famous adalah untuk menguasai wilayah Klang seperti yang diajarkan oleh DAO. Dalam masa yang sama pada permulaan promosi, sebanyak 70 keping ‘bunting’ telah dipasangkan pada setiap tiang lampu di tepi jalan dan kemudiannya jumlah ‘bunting’ tersebut telah ditambahkan lagi kepada 60 keping menjadikan kesemuanya sebanyak 130 keping. Kesemua ‘bunting’ ini dipasang sepanjang Jalan Kapar Batu 1 sehingga Jalan Kapar Batu 5 dan sepanjang Jalan Sg Pinang Dalam. ‘Banner’ juga turut dihasilkan dan dipasangkan di hadapan Famous Nasi Ayam bagi menarik perhatian pelanggan yang lalu-lalang di hadapan Famous. Teknik pemasaran yang seterusnya adalah menggunakan khidmat pesanan ringkas atau ‘SMS’ yang dinamakan SMS Blast (ETSI), di mana SMS dihantar kepada kenalan, rakan sekerja dan sebagainya bagi mempromosikan pembukaan restoran serta produk Famous Nasi Ayam. Kami sangat yakin bahawa produk yang kami hasilkan ini adalah berkualiti tinggi, dengan itu kami berani mengambil risiko pada permulaan pembukaan Famous Nasi Ayam dengan menawarkan promosi Nasi Ayam sehingga RM3.00 bagi setiap hidangan.

Sambutan

Hari Pertama : Sambutan yang diberikan sangat-sangat  menggalakkan sehingga produk utama Famous iaitu Nasi Ayam telah laris dijual. Jualan pada hari tersebut adalah di luar jangkaan kerana hasil jualan yang diperolehi mencecah RM1289.70. Namun Famous berasa sedikit terkilan dan kecewa kerana pelanggan Famous terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan hidangan mereka. Ini adalah kerana Famous kekurangan pekerja.

Hari Kedua : Wujud satu perasaan ‘takut’ pada kami untuk membuka Famous Nasi Ayam kerana kami kekurangan pekerja. Namun keadaan tersebut tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan kami dalam menjalankan perniagaan yang baru dilahirkan ini. Pada hari tersebut sambutan tetap sama dan hasil jualan yang diperolehi mencecah RM1096.80.

Hari-hari berikutnya : Kami semakin yakin dengan perniagaan yang diusahakan ini, pekerja juga semakin bertambah. Kami percaya bahawa dengan usaha dan berkat doa kami mampu untuk berhadapan dengan risiko dan jatuh bangunnya sesebuah perniagaan. Dari hari ke hari, kami akan cuba membuat kelainan dalam promosi dan terus mengekalkan dan mempertingkatkan mutu makanan dan perkhidmatan kami kepada pelanggan. 



Flyers

Facebook Promotion

Namecard

Kupon Diskaun

Bunting

Banner


Banner