About Famous


Warga Famous Nasi Ayam

Profil Famous Nasi Ayam

Famous Nasi Ayam mempunyai kepakaran dalam menyediakan nasi ayam yang lazat dengan kesedapan nasi yang beraroma, ayamnya yang lembut diperap sempurna dan dihidang panas dan diiringi dengan sos istimewa warisan keluarga yang pasti akan membuka pintu selera para pelanggan yang datang menikmati nasi ayam istimewa ini. Resepi turun temurun warisan keluarga ini didatangkan oleh ibu kepada saudari Haslina sendiri iaitu Puan Hamimah Bt. Yaman.

Famous Nasi Ayam ini mula dilancarkan pada 1hb September 2012 bertempat di Lot. 291, Sungai Pinang, Bandar Batu 2, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor. Waktu operasi Famous bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 petang pada setiap hari dan ditutup setiap hari Isnin.



Profil Pengusaha 

Famous Nasi Ayam telah diusahakan oleh dua orang sahabat baik, iaitu Saudari Haslina Hashim dan Saudari Linda Rahman. Kedua orang sahabat baik ini masing-masing merupakan pemegang Ijazah Akauntan dan Diploma Akauntan dari institusi pengajian tinggi UiTM.

Sebelum tertubuhnya Famous Nasi Ayam, kami merupakan rakan kongsi perniagaan sebagai Kontraktor Kelas F yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan pembinaan selama 8 tahun sehingga kini.



Perangsang

Hidup ibarat roda, sentiasa berputar. Ada masa kita berada di atas, dan ada masanya kita berada di bawah. Perumpamaan ini sekaligus menjelaskan keadaan perniagaan yang diusahakan oleh kami sendiri. Memandangkan sejak kebelakangan ini, projek-projek pembinaan semakin berkurangan, jadi kami berhasrat untuk mencari peluang perniagaan lain sebagai ‘back-up’ bagi perniagaan sedia ada, namun kami masih menemui jalan buntu. Sehinggalah pada suatu hari kami terlihat iklan di Harian Metro Ahad mengenai Seminar Marketing Power (SMP) anjuran Richworks yang diterajui oleh Dr. Azizan Osman (DAO).

Sebaik sahaja menghadiri seminar tersebut, kami mula tertarik untuk menjadikan DAO sebagai Mentor. Seminar SMP yang dihadiri itu amat luar biasa sehinggakan kata-kata DAO telah merangsang minda dan pemikiran kami ke arah perubahan yang ingin dicapai dalam hidup. “Perubahan kepada kekayaan dan kejayaan tidak akan berlaku di dalam hidup kita sehinggalah kita memulakan perubahan luar biasa dengan bertindak mendapat ilmu, mentor, dan sistem”, kata-kata DAO ini telah memberi kesan yang mendalam pada diri kami.

Langkah seterusnya diambil apabila kami sekali lagi menghadiri program anjuran Richworks iaitu Advance Marketing Power (AMP) pada Julai 2012 untuk mendalami ilmu bagi menjadi seorang usahawan yang ‘mesti kaya dan berjaya’ dalam dunia dan akhirat. AMP telah merangsang kami untuk sentiasa berfikiran positif dan berhenti daripada sentiasa berfikiran negatif. Sikap sentiasa memberi alasan perlu dilenyapkan dalam diri kerana sikap sedemikian boleh membuatkan kami menjadi lemah, takut, dan tidak berani untuk gagal. Kami juga turut mempelajari teknik-teknik pemasaran yang paling efektif dan mampu untuk melonjakkan perniagaan dalam masa yang singkat dan ianya telah terbukti keberkesanannya dengan lahirnya usahawan-usahawan yang berjaya atas bimbingan program seminar oleh Richworks.

Ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program AMP ini telah membuatkan kami lebih yakin untuk mencapai matlamat kami sehinggalah tercetusnya idea untuk membuka perniagaan makanan. Kami telah bersepakat untuk menggunakan segala kepakaran yang dimiliki oleh kami bagi menubuhkan Famous Nasi Ayam yang merupakan resepi turun temurun warisan keluarga sejak tahun 1986.

Seterusnya kami mula mencari tapak bagi penubuhan Famous Nasi Ayam. Berbekalkan dengan sumber dan bajet yang terhad tidak menjadi penghalang dan alasan untuk melemahkan semangat kami dalam merealisasikan impian kami berdua. Dalam pada masa yang sama, kami sekali lagi telah menyertai program anjuran Richworks iaitu Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ). Di sini bermulalah tekad kami untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam menukar cara kehidupan kami yang biasa-biasa menjadi LEBIH LUAR BIASA.

Dalam kesibukan merancang persiapan restoran yang bakal ditubuhkan, pada masa yang sama kami juga telah memenangi tawaran kerja kontrak. Dari lapan sebut harga yang dihantar, kami telah ditawarkan tiga kerja secara serentak. Syukur Alhamdulillah. Kekangan masa bukan lagi menjadi penghalang kepada kami untuk terus mengekalkan sikap positif dan tidak mudah mengalah. Setiap masalah yang wujud ditangani dengan berhemah dengan segera memfokuskan kepada jalan penyelesaian dan bukannya kepada masalah tersebut. Dengan izin Allah SWT, semua masalah yang timbul dapat diatasi dan kami dipertemukan dengan ‘team’ kerja cemerlang yang ditugaskan untuk menguruskan kerja-kerja kontrak berkenaan. Dengan keadaan sedemikian memudahkan kami untuk lebih fokus kepada pembukaan Famous Nasi Ayam.



Part Time Famous Nasi Ayam

No comments:

Post a Comment